Tok Awang Ngah
Tok Awang Ngah

Tok Awang Ngah

Tok Awang Ngah adalah nama pena bagi penulis buku genre seram yang terkenal di Malaysia sekitar tahun 1980-an dan 1990-an iaitu Abdul Latip bin Ahmad[perlu rujukan] yang berasal dari Kampung Seperi, Negeri Sembilan. Beliau telah menghasilkan lebih 50 buah buku bermula dari tahun 1985 hingga tahun 2004, yang diterbitkan oleh beberapa syarikat penerbitan antaranya Mulya Utama Enterprise, Penerbitan Ibunda, Penerbit Fajar Bakti, Zebra Editions dan Tastax Raya Sdn Bhd. Melalui temubual dengan beiau, setiap hasil penulisan di dalam buku beliau berdasarkan pengalaman yang beliau lalui. Selain itu Abdul Latip bin Ahmad lebih dikenali sebagai Lebai Awang adalah anak kedua dari 10 orang adik beradik. Dilahirkan di dalam keluarga yang pentingkan ilmu agama, tidak mustahil pengalaman yang beliau ada adalah berpandukan dari perubatan yang dilakukan oleh ayah beliau iaitu Haji Ahmad.Kisah-kisah seram yang dipersembahkan dikatakan berdasarkan kisah benar yang dirakamkan daripada pengalaman beliau sendiri. Menariknya, kisah-kisah yang diceritakan amat berbeza dengan buku-buku seram dan mistik yang biasa kita lihat. Buku-buku penulisan Tok Awang Ngah menceritakan bagaimana beliau sendiri menghadapi penentangan jin dan syaitan dengan menggunakan kalimat doa ayat-ayat suci Allah S.W.T.Kulit buku Tok Awang Ngah dilukis oleh Shamsuddin Ahmad Kamar[perlu rujukan] atau Masdeen, berasal dari Taiping,Perak. Beliau juga melukis untuk penerbitan Mulya Utama Enterprise dan Penerbitan Ibunda.Latar belakang Tok Awang Ngah yang pernah menganggotai Nasrul Haq, sebagai cerpenis, novelis, menyebabkan beliau mampu menulis siri cerita misteri ini. Cerita dari kawan-kawan menambahkan lagi bahan untuk Tok Awang Ngah.